Sejarah penempatan keturunan suku kaum murut tenggara kalabakan dan termasuk peristiwa
Pada abad ke-17, penempatan
suku kaum murut tenggara kalabakan bermula di kawasan Lembangan Maliau.kampung
tersebut di nama kan kampung
Sabilan yang diambil dari sempena nama sungai di Maliau.Pada zaman tersebut,
suku kaum murut tenggara telah diketuai oleh seorang pahlawan murut yang
bernama Aki Senangkuban.Mengikut daripada cerita warga tua, Aki senangkuban
adalah anak kepada Aki Pilaabang iaitu seorang halimunan.
Beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki tunggal yang bernama
aki kinukuban bagi kedua terhandal.suku kaum murut tenggara. Bermulalah
perpecahan suku kaum Murut tenggara yang terbahagi kepada lima daerah iaitu kampung Lonod ulu kuamot, kampung Kuala Kuamut, kampung pinago, kampung
kalabakan, dan kampung serudung, Aki
Kinukuban dan isterinya telah berpindah ke kampung Kalabakan di kawasan
Kulubong Hulu Kalabakan.Setelah berpindah, aki kinukuban telah mendapat seorang
anak lelaki tunggal yang bernama Aki Lingkidon/Aki Giden.
pristiwa pada tahun 1890 berlaku satu tragis berdarah
di sepanjang persisiran sungai kalabakan terutama penempatan kampung namarisih
ialah berdekatan kuala tiagau, suku kaum murut tenggara kalabakan telah di bunuh
beramai-ramai dengan kejam nya oleh pasukan 12 noth borneo angkatan kepolisian eropah
lebih kurang 120 ahli suku kaum murut tersebut terkorban dan yang lain sempat
melarikan diri kedalam hutan untuk menyelamat kan diri
Aki kinukuban telah
terlibat dalam pembunuhan pada tahun 1890an, isteri dan anak beliau iaitu aki
lingkidon/ Giden sempat menyelamatkan diri ke dalam hutan.
Antara sebab pembunuhan
beramai-ramai suami lingud seorang berbangsa Eropah bernama Charles Walter
Flint di bunuh oleh ketua bapa mertua nya numpal yang berasal dari kampung
lonod ulu kuamut bukan nya ulu kalabakan. Sehingga terlibat hampir semua suku
kaum murut tenggara kalabakan telah di musnahkan.[ di tulis oleh agnes keith
dalam bukunya land below the wind, di lampirkan]
.anaknya iaitu Aki Lingkidon/Aki Giden telah
menggantikan tugas ayahnya sebagai ketua suku kaum Murut tenggara kalabakan walaupun
suku kaum tersebut telah tinggal sedikit berpecah lari ke beberapa daerah. Beberapa
tahun kemudian suku kaum Murut tenggara yang masih berada di Kulubong telah
berpindah di kawasan Kuala Salimbut Kalabakan.Dalam pada masa itu,Aki Lingkidon/Aki
Giden juga telah berkahwin dengan Aru Umit di penempatan kuala salimbut.
Pada abad ke
19, Aki Lingkidon dan isteri berpindah lagi ke kampung Talawai dan ditempat
itulah Aki Lingkidon dan isterinya mendapat 4 orang anak iaitu, Aki Awang(lelaki),
Aru Engkam (perempuan), Aru Bilongon(perempuan) dan Aki Mandau (lelaki). Dalam pada
masa yang sama, Aki Lingkidon/Aki Giden telah memberitahu kepada anak-anaknya
bahawa barangan antik seperti gong, tempayan dan barangan lain telah disimpan
di kawasan berhampiran Kulubong ditempatkan di dalam gua.
Semasa mereka di kampung Talawai, Aki Lingkidon/Aki
Giden telah pergi mencari buah-buahan hutan dan damar bersama dengan orang-orangnya
di hutan Hulu Tiagau. Dalam , satu kejadian telah berlaku iaitu semasa beliau
mencari damar kayu, beliau telah dihempap oleh pokok tumbang dan peristiwa tersebut
telah meragut nyawa beliau dan beliau telah meninggal dunia dan dikuburkan di perkuburan
Talawai.
Selepas kejadian tersebut,
Aki Dowon iaitu keluarga daripada
isteri Aki Lingkidon yang berasal dari kampung Lonod menetap di Kuala Tiagau
telah mengambil alih kuasa sebagai ketua suku kaum Murut Kalabakan tenggara .Oleh
kerana, 4 orang anak Aki Lingkidon/Aki Giden masih lagi bawah umur untuk
memperoleh perlantikan tersebut.Pada masa
penguasaan Aki Dowon sebagai ketua kaum Murut Kalabakan tenggara pada abad
ke 19.
Pada awal abad ke 19 Peristiwa
bersejarah pertaruhan nyawa yang kedua, kedatangan pelarian lombong arang batu
dari kawasan Salimpupun yang berbangsa
Cina seramai 7 orang telah melarikan diri ke perkampungan suku kaum Murut tenggara
di Marikut Kalabakan, telah mengembalikan dendam suku kaum murut terhadap warga
asing.pada tahun 1890. Kedatangan mereka bertujuan adalah untuk meminta pertolongan
daripada suku kaum Murut untuk tunjukkan jalan pulang ke Tawau.Dalam perjalanan
tersebut, berlakulah pertumpahan darah antara pelarian dengan suku kaum murut
tersebut.salah seorang daripada pelarian itu dapat melarikan diri ke Tawau.
Setelah berlaku peristiwa,
seorang daripada pelarian itu, telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis
British.Seterusnya, pihak polis British bersama dengan pelarian berbangsa cina
itu pergi ke kawasan kejadian pembunuhan tersebut serta ke perkampungan Marikut
untuk mengenal pasti pembunuh tersebut.Seramai 7 orang suku kaum Murut telah
ditangkap dan dihukum gantung sampai mati di Tawau.
Selepas peristiwa itu, Aki
Dowon telah dilucutkan kuasa sebagai ketua suku kaum Murut kalabakan. Malah
pada masa yang sama, Aki Okok yang berasal dari kampung Lonod Maliau telah
memperisterikan Aru Umit iaitu bekas isteri Aki Lingkidon/Aki Giden.
Seterusnya, Aru Umit (bekas isteri aki lingkiron/aki giden) telah melantik Aki
Okok sebagai ketua baru bagi suku kaum murut Kalabakan.kerajaan British juga
telah menyetujui perlantikan tersebut pada awal abad ke 19
Pada zaman penguasaan Aki Okok,
beliau telah berpindah ke kawasan perkampungan Tiwang bersama dengan keluarganya pada tahun 1910an. semasa penguasaan
Aki Okok, kemunculan askar jepun telah membawa lagi kepada masalah baru bagi
suku kaum murut kalabakan. Kaum wanita murut kalabakan telah dijadikan buruh
paksa.manakala, 4 orang lelaki murut kalabakan juga Selepas kematian Aki Awang,
Aru Engkam telah mendapat waris tersebut.kerana Aru Engkam adalah adik kepada
Aki Awang. Memandangkan Aru Engkam adalah seorang perempuan dan tidak
berpengalaman untuk mengurus hal-hal berkaitan dengan masalah kampung.selain
itu, anak Aru Engkam iaitu Aki Saliwang, Aru Nalin, Aru Silakon, Aki Muari dan
Aki Kahal serta Aru Kilopon masih dibawah umur menyebabkan Aru Engkam telah
memberikan kuasa tersebut kepada Aki Boukum iaitu pihak keluarga daripada Aru
Umit (bekas isteri Aki Lingkiron/Aki Giden)
. Pada tahun 1962an Aki Boukum bin temanggung
menjadi ketua kampung murut kalabakan, beberapa tahun selepas perlantikan
beliau, muncullah konfrontasi dari Indonesia menyerang kalabakan dan Pihak
tentera Malaysia telah memberi perintah berkurung selama beberapa hari pada
tahun 1963. Selepas beberapa tahun kemudian, kemunculan sekolah-sekolah
kerajaan telah mengajar semua penduduk kalabakan termasuk warga asing untuk
belajar berbahasa melayu dan ilmu pengiraan. Pelajar suku kaum murut pada masa
itu adalah sangat sedikit berbanding dengan warga lain. Walaupun anak-anak suku
kaum murut pada masa itu sekolah, tetapi mereka tidak berkemampuan untuk
meneruskan persekolahan di tempat lain oleh kerana mereka masih lagi bermasalah
dalam pertuturandijadikan tentera Jepun antaranya ialah Aki Saluangon,Aki Tilik,
Aki Milasi, Aki Turuhon. Aki Okok berpindah lagi ke hulu Tibos dan menetap di
kawasan tersebut sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1930an dan
dikuburkan di kawasan tanah perkuburan kampung Talawai.
Setelah itu,
kerajaan British iaitu CDO (ketua daerah tawau) telah melantikAki Awang iaitu
anak kepada Aki Lingkidon/Aki Giden sebagai pewaris ketua suku kaum murut dan
dijadikan sebagai ketua kampung murut kalabakan pada 1930an.beberapa tahun
kemudian, syarikat Bumbai Burma Timber
Company Limited (BBTCL)sampai ke kawasan kalabakan bertujuan untuk membuat
pembalakan di kawasan tersebut. Ramai
warga asing telah pergi ke kalabakan untuk mendapatkan pekerjaan.Antaranya
ialah, warganegara Indonesia,Filipina dan Burma.Segelintir daripada suku kaum
murut turut serta bekerja pada syarikat tersebut.Aki Awang bersama
orang-orangnya pergi ke kampung Lonod untuk membawa keluar segelintir suku kaum
murut yang masih tinggal di kampung Lonod berpindah ke Kalabakan oleh kerana
disebabkan masalah perhubungan yang terlalu jauh.Pada tahun 1961, Aki Awang
meninggal dunia dan dikuburkan di kawasan tanah perkuburan Kaliasau. .
Pada tahun 1970an, pihak
kerajaan telah menghantar pegawai Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah (JPN) ke kalabakan
bertempat di kawasan Bumbai Burma Timber Company Limited.Aki Boukum telah
memberitahu kepada suku kaum murut kalabakan untuk pergi mendaftarkan diri ke jabatan
tersebut. Hampir separuh suku kaum murut yang pergi mendaftarkan diri ke
jabatan tersebut..pada tahun 1981 aki boukum meninggal dunia dan dikuburkan di
tanah perkuburan kaliasau.
gambar di atas adalah ketua suku kaum murut kalabakan berbual dengan warga britishinilah kuburan suku kaum murut kalabakan


ada komen tulis je...
BalasPadamdari buku agnes keith “Land Below The Wind”... iya ka??
BalasPadamDari cerita orang tua juga....
PadamCerita dari orang tua... Orang kalabakan....
BalasPadamshallom...boleh tau siapa yg tulis ni yea.
BalasPadamWhat is a roulette wheel? - Dr. Dr.
BalasPadamThe dealer places a bet on whether the roulette wheel is red or black. 경기도 출장마사지 The 사천 출장샵 odds will 김천 출장마사지 come in two parts: 1. The dealer expects 제주 출장마사지 the number of 논산 출장안마 points to be